Pada tanggal 2hb.April 2011. dapat sms dari seorang sahabat untuk mendapat rawatan hirudoterapy. Setelah
persetujuan dicapai saya dah isteri bergerak menuju Rumah Ibu di Bandar
Tun Razak, Cheras. Lepas zuhor sahabat yang hendak dirawat sampai
dengan isterinya.
Setelah
sessi penerangan dibuat maka dengan doa dan semangat yang ada saya dan
pesakit bersetuju untuk memulakan perawatan. Saya membuat pengamatan
dan diagnos biasa sebagai perawat.
Langkah
awal untuk terapi dengan mengambil jarum lancet untuk di cucuk bagi
mengeluarkan darah sedikit untuk point terapi. Pesakit yang di terapi
ini adalah pengidap sakit gagal ginjal, sebelumya pernah sakit gout.
Orang yang gagal ginjal sukar untuk dibekam, bukan tidak boleh.
|
Mula di terapi lintah jam 3.00 pm |
|
Jam 3.15 pm bandes di buka kelihatan ulat keluar, padahal paginya di buat "dressing" di klinik. |
|
Kelihatan ulat telah ada di bulu lali pesakit |
|
Jam 3.20 pm terus diterapi dengan lintah |
|
Jam 3.35 pm telah mengeluarkan darah yang bertoksid |
|
Lokasi atas kaki kiri 3.45 pm |
|
Terapi lintah langkah kedua jam 5.00 pm |
|
Jam 7.00 pm lintah telah mengeluarkan darah yang beku. |
|
Darah yang beku dari dalam buku lali pada jam 8.00 pm |
|
Kaki kanan dibersihkan dan diletakan herba binahong untuk memberhentikan darah dan kesembuhan luka |
|
Menutup luka kaki kanan oleh isteri pesakit. |
|
Jam 8.30 langkah ketiga terapi lintah darah beku dari dalam keluar. |
|
Para perawat membuat cucian dengan membersihkan darah dan luka. |
|
8.30 pm kaki kiri sebelah atas dibersihkan dan dibalut. |
|
8.40 pm gumpulan darah hitam disedut keluar oleh lintah |
|
Jam 9.45 pm selesai dibersih dan dibalut. |
Beberapa
ekor lintah telah menghisap darah yang bertoksid. Waktu mula terapian
jam 3.00 pm. Beberapa ekor lintah terus menjalankan tugas dengan
menghisap darah di point yang ditentukan. Saya mencadangkan tempat
kritikal (Buku lalai kiri), dimana pesakit telah mendapat rawatan
klinik dengan dressing pagi hari kerana ada ulat-ulat sedang memakan
daging yang sedang membusuk.
Setelah
persetujuan diambil saya membuka salutan bandes dan kapas jaring yang
menutup kawasan tersebut. Alangkah terperanjatnya kami dimana lokasi
yang dibuka tadi penuh dengan ulat-ulat yang sedang enak menghisap
daging dan darah yang sedang membusuk. saya membersihkan dulu dengan
membuang ulat-ulat dan terus terapi hirudo ke kawasan sasaran. Hampir 20 ekor dikawasan kritikal ini (buku lali kiri kaki).
Lintah
telah memasukkan cecair dari mulutnya (hirudin) yang bertendak sebagai
pencair darah dan baik untuk orang yang gagal ginjal. akhirnya segala
bekuan darah dapat dicairkan dan darah yang bertoksid dan berasid
keluar. Lintah yang kenyang akan gugur dengan sendirinya.
Untuk
langkah seterusnya kami telah menambahi lintah untuk tugas yang serupa.
setiap masa kami berdoa dan diberikan semangat untuk terus
mempertabatkan perawatan cara alami ini dengan disenergykan dengan
sebutan, kalimah ilahiah. Kami faham bahawa tidak diturunkan oleh Allah sesuatu penyakit itu tanpa di turunkan juga penawarnya. Kami berharap ini lah diantara penawar yang diharapkan bertepatan dengan petikan diatas.
Dan
(ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku),
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kamipun memperkenankan
seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami
kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan
mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi
peringatan bagi semua yang menyembah Allah. (QS. Al Anbiyaa', 21:83-84)
Yang
perlu amat dijaga dan rasa syukur perawat dan pesakit dapat mendirikn
solat tepat pada waktunya. Pesakit solat hanya perlu tayammun sahaja
kerana kaki sedang diterapi. Bersolatlah kamu apabila masuknya waktu.
Harapan kami pada ketika itu dimudahkan cara untuk mengerjakan solat.
diantara doa yang mustajab ialah doa orang yang sakit pada robnya.
Pengalaman
lalu lama di hospital telah mengajar saya bagaimana untuk mengimbangkan
stress, bagaimana untuk melihat suasana stress yang terlalu tinggi di
hospital dengan melihat seluruh urat biru di kelima-lima jari. Malamnya
yang tidak lena, dan dressing 2 x sehari dengan sakit yang tidak dapat
digambarkan. akhirnya Allah telah menghantar utusannya melalui
kawan-kawan sama herbalis yang mengingatkan bagaimana hendak
mendapatkan ubat bius alami semasa dressing, nak dapat terus yang “deep
sleeping”.
Selain
daripada itu dapat juga mengetahui cara dressing dan ilmunya sekali.
Pengalaman yang berharga inilah yang diterapkan kepada pesakit yang
dirawat. Satu lagi terapian yang amat tinggi penyembuhannya ialah
terapi Al-Quran dengan membaca Al-Quran semasa sakit dapat menyembuhan
kesakitan, penghapus dosa (kifarah), tambah dengan kesabaran.
OK
kita teruskan dengan Hirudoterapi. Akhirnya keluar bekuan darah yang
diterapi oleh air liur lintah (hirudin) Walaupun kami tidak ada alat
yang lengkap untuk menyelesaikan terapian ini sebaik mungkin, tetapi
dengan pengalaman yang ada kami berjaya menyelesaikan terapian ini
selama 7 jam dengan bantuan 101 ekor lintah.
Ya
Allah ampunkan dosa kami sebagai perawat yang kerdil ini, kami hanya
membuat satu pekerjaan untuk mengharap keampunan mu ya Allah. Apa yang
kami hadapi ini adalah sedikit sahaja signal darimu Ya Allah. Azabmu
dihari selepas kematian kami Ya Allah amat dasyat kepada orang yang
tidak mendapat kerahmatan mu. Masukkan nama kami ini dalam nama orang
yang mendapat kerahmatan mu dihari yang maha dasyat itu Ya Allah.
Harapan kami sembuhkan lah penyakit hambahmu yaAllah. Kepada
peneliti,teman yang melihat blog saya ini sama-samalah kita berharap
kepada Allah agar pesakit ini disembuhkan.
Apabila
ada segolongan mereka yang berdoa dan mengadu kepada mu Ya Robbi. maka
tiada yang dapat disangkal bahawa zatmu yang maha tunggal akan
memperkenankan harapan kami ini. Amin Yarobalalamin. Nukilan pada
4hb.April.2011 (Isnin). Sekiranya ada komen untuk menambah baikan
rawatan untuk pembaikan harap dapat komen diruangan diskusi ini atau
hubungi saya 013-6697491 untuk sama-sama kongsi,ajar mengajar, tunjuk
menunjuk untuk kebaikan pesakit. Kami hanya cuba membantu, hanya zat
Allah yang maha suci dan berkuasa mengetahui rahsia-rahsianya.
walallahuaklam.
Dahsyatnya Lintah Untuk Pengobatan